Kostenscout.de
Produkt
  Sortierung:
  Optional: Preisspanne von bis Euro

Relakah Hati Terus Mencintai?

Relakah Hati Terus Mencintai?

Demi bersatu dengan kekasih hatinya Sara Alya, Shawn merangka rancangan gila untuk memerangkap gadis itu. Tapi sayangnya… yang menjadi mangsa bukannya Sara Alya tetapi Nurul Nabiha. Tiada istilah tanggungjawab andai wanita itu adalah Nabiha! "Yang pak cik nak berdrama sangat ni kenapa. Tak faham ke apa yang pegawai agama tadi tu cakap. Saya tak perlu kahwin pun dengan anak saudara pak cik tu." – SHAWN . Takdir yang mengikat mereka tidak ternoktah di situ. Pemergian Sara secara mengejut membuatkan Shawn menanam api dendam. Nabiha perlu membayar harga atas kehilangan Sara. Satu lamaran dihulur. "Perkahwinan ini akan jadi perkahwinan terindah dalam hidup awak. Percayalah, Nabiha. Saya akan jaga awak dan mencintai awak seluruh hati saya." – SHAWN Saat hatinya benar-benar menyerahkan cinta dan jiwa, watak manis Shawn berubah laku. "Apa salah saya. Apa dosa saya pada awak. Kenapa awak benci sangat dengan saya." – NABIHA Tersentak dengan takdir cinta yang memilukan ini, Nabiha rela andai dirinya dilepaskan. "Saya… saya lebih rela awak ceraikan saya…" – NABIHA Kehidupan baharu dikayuh dengan lebih tabah. Namun ternyata bahagia yang diimpikan selama ini masih belum mahu berpihak kepadanya. Nabiha diuji lagi dengan ujian yang berganda berat. Penglihatannya yang sempurna telah diambil semula oleh Ilahi. Ya. Nabiha seorang gadis buta kini. Saat dia melangkah dalam kegelapan itu, hatinya telah disuluh oleh cahaya cinta dari seorang jejaka. "Saya sukakan awak, Biha. Sejak dari kali pertama saya jumpa awak hati ni rasa sesuatu. Biha…relakah hati awak mencintai saya?" – NAZEEM Dunia gelap Nabiha hampir dihujani warna-warni pelangi cinta daripada Nazeem. Sayangnya… satu kenyataan menyebabkan dunia yang gelap kekal gelita. Siapakah Nazeem yang tiba-tiba muncul dalam hidup Nabiha itu? Lelaki yang membawa cinta sejati atau seseorang yang hadir hanya untuk membuat luka lama berdarah kembali? © 2018 by Farisha Imani. Published in paper format in Malaysia by Penerbitan Anaasa PLT, recorded by Storyside 2021.


Angebote zum Artikel

9,99 €*
9,99 € inkl. Versand*
Relakah Hati Terus Mencintai?
Anbieter: Thalia DE




Die bei uns gelisteten Preise basieren auf Angaben der gelisteten Händler zum Zeitpunkt unserer Datenabfrage. Diese erfolgt einmal täglich. Von diesem Zeitpunkt bis jetzt können sich die Preise bei den einzelnen Händlern jedoch geändert haben. Bitte prüfen sie auf der Zielseite die endgültigen Preise. Die Sortierung auf unserer Seite erfolgt nach dem besten Preis oder nach bester Relevanz für Suchbegriffe (je nach Auswahl).
Für manche Artikel bekommen wir beim Kauf über die verlinkte Seite eine Provision gezahlt. Ob es eine Provision gibt und wie hoch diese ausfällt, hat keinen Einfluß auf die Suchergebnisse oder deren Sortierung. Unser Preisvergleich listet nicht alle Onlineshops. Möglicherweise gibt es auf anderen bei uns nicht gelisteten Shops günstigere Preise oder eine andere Auswahl an Angeboten.
Versandkosten sind in den angezeigten Preisen und der Sortierung nicht inkludiert.


Livesuche | Gutscheine | Datenschutz | Impressum

* - Angaben ohne Gewähr. Preise und Versandkosten können sich zwischenzeitlich geändert haben.
Bitte prüfen sie vor dem Kauf auf der jeweiligen Seite, ob die Preise sowie Versandkosten noch aktuell sind.